Pertanyaan Mengenai Hormon

Q1) Lazimnya kita hanya bincangkan kehadiran hormon wanita, estrogen, testosterone dan progesterone. Apakah ejen hormon lain yang tidak diketahui wanita?

Q2) Bolehkah doktor terangkan tujuan setiap hormon terhadap tubuh wanita?pengaruh keseimbangan dan sebagainya.

 

A) Antara system yang terpenting dalam memastikan keremajaan dan kesihatan yang baik ialah system hormone.Sistem hormon ialah satu system yang  kompleks  di mana ia berpusat di otak kita .Terdapat satu kalenjar pada otak kita yang penting bagi penghasilan hormone  .ia di namakan  kalenjar pituitary

.Kelenjar ini mengeluarkan hormon yang menjadi signal keatas hormone-hormon lain dalam tubuh kita.Dengan kata lain otak kita memainkan peranan besar dalam mengaktifkan seluruh kalenjar hormon yang lain

Seorang bayi yang baru lahir mempunyai system hormon yang sedang berkembang. Apabila mencapai akil baligh maka system hormon nya di katakan lengkap berlembang . Jumlah hormone yang mencukupi menjadikan tubuh badan segar dan sihat. GH atau growth hormone memastikan seorang kanak akanak berkembang menjadi dewasa .

Hormon yang penting bagi wanita ialah hormone estrogen dan progesterone manakala hormone yang penting bagi lelaki ialah hormone testosteron. Hormon lain ialah hormon adrenal yang memberi tenaga serta mood yang baik kepada kirta ,melatonin yang mengawal kitaran tidur serta bertindak sebagai hormon yang menghalang kanser, hormon calcitonin yang menjaga paras kalsium dalam tubuh dan hormone dhea ,insulin dan sebagainya yang mempunyai fungsi menukarkan gula kepada tenaga serta menjana tenaga.

Hormon seperti leptin pula penting bagi menjaga sel lemak..seseorang akan menjadi obese jika leptin nya gagal berfungsi.endorphin dan serotonin ialah ialah  bahan bahan yang menyerupai hormon.Kehadiran nya menjadikan otak kita cergas dan mempunyai mood yang  tenang selalu.

 

Penuaan menyebabkan salur darah halus yang membawa zat serta nutrisi kepada kalenjar hormone menjadi kecut  dan akhirnya tersumbat.Ini membawa kepada kematian sel dan hormone tidak lagi dapat di hasilkan.Ketiadaan hormone memberi kesan yang sangat ketara kepada seseorang.Kulit menjadi kendur, ingatan menjadi kurang, pengelihatan menajdi kabur dan seseorang turut merasa tekanan emosi yang berat.

 

Bagi wanita pula,ketiadaan hormon  estrogen dan progesteron menyebabkan mereka  mengalami menaupause .Banyak gejala tidak sihat yang di sebabkan oleh menauoause. Gejala ini terjadi kerana hormone yang tiada menyebabkan sel sel tidak mampu berdikari.Banyak sel bergantung kepada hormone bagi meneruskan fungsinya.

Wanita menaupaus sering megalami kemurungan,masalah tulang rapuh,masalah rambut gugur,kulit berkedut dan pigmentasi ,kulit, gatal gatal pada badan,masalah vagina kering. Masalah ingatan yang berkurangan,masalah keletihan .badan panas dan tekanan perasaan yang kuat.

Begitu juga lelaki yang ,kekurangan hormon.Apabila usia melebihi empat puluhan tanda tanda andropause mula kelihatan.Lelaki sering megalami keletihan,kurang keupayaan sexual,wajah tampak murung dan perasaan menjadi tidak ceria.Ingatan juga terganggu dan mereka mula di serang masalah jantung pula.

Terdapat juga mereka yang mula di serang gejala kekurangan hormone secara berperingkat peringkat.

Kekurangan melatonin menjadikan kualiti tidur terganggu.Mereka sukar tidur malam dan menganngap keadaan ini adalah di sebabkan masalah psychiatric.Tambahan pula apabila mereka mula merasa takanan perasaan dan kemurungan.lalu ramai yang tampil bagi mendapatkan bnatuan dengan mengamalkan ubat sakit jiwa.

 

Kekurangan calcitonin menjadikan tulang rapuh.kalsium yang di minum tidak boleh masuk kedalam tulang jika tiada hormone ini.

Ini menjadikan tulang rapuh dan pemeriksaan x ray menunjukkan rogga dalam tulang yang besar di namakan osteoporosis.penyakit osteopororsis bermakna tulang yang berongga.tulang ini ringan tidak padat serta mudah patah.

 

Jika analisis hormone di buat kita dapatlah mengenal pasti gejala ini dengan betul.analisi hormone bermakna kita memeriksa paras hormone dalam darah .selepas itu kita  akan melakukan rawtan berperingkat peringkat bagi meningkatkan aktiviti kalenjar hormone

Dan mengelakkan kalenjar hormone mati.Saya  selalu memberitahu pesakit saya bahwa anggaplah kita membaja pokok. Pokok yang sering di baja dan di siram pastinya hidup lebih lama dan ,mengeluarkan buah yang banyak dan lebih manis manakala pokok yang langsung di biarkan tumbuh sudah tentu kualiti buahnya kecil kecil dan jangka hayat nya tidak dapat di jangka.

Begitulah kalenjar hormone pada tubuh kita. Kita perlu mengambil berat tentang nya agar ia tahan lama dan boleh sentiasa mengeluarkan hormon bagi kegunaan kita.

Menurut kajian anti penuaan seorang wanita akan mula mengalami penuaan sistem hormone selepas usia 35 tahun.Pada masa ini hormoe nya merosost sekali menjadikan dia mula resah gelisah dan merasa gejala kekurangan tenaga.Pada waktu inilah rawatan pemulihan hormon patut di mulakan.

Lelaki pula mula merosost hormon nya seawal usia 25 tahun. Ini menyebabkan merosostnya stamina mereka .

Mereka yang bersukan mengalami kemerosostan hormon lebih lambat kerana aktiviti sukan menjamin  pengaliran darah yang baik ke seluruh tubuh termasuklah ke organ kalenjar hormon.

 

Q3) Bagaimana pula dengan pembentukan hormon?

-sejak bila hormon berkembang dalam tubuh

-bolehkah hormon berkurangan atau bertambah

Q4) Apa perbezaan hormon wanita dengan lelaki?

Q5) Bolehkan kekurangan hormon tertentu menjejas perkembangan kesihatan, emosi dan fizikal tubuh wanita?

Q6) Ada tak perubatan untuk gantian hormon?

Q7) Selain perubatan mengawal keseimbangan hormon, apa tips lain disarankan doktor?

Kes 1

Hamidi ialah seorang perokok tegar.Dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang tiga puluh batang.Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok.sejak itu berat badan nya meningkat sebanyak 15 kilogram.Hamidi berasa hairan.dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badan nya namun tidak Berjaya.Lalu Hamidi dating berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya.Dia takut lama kelamaan dia akan di hinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesity. Menurut hamidi seorang  sahabat nya sudah terkena kanser .Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabat nya itu dan berasa takut jika terkena nasib yang sama.Hamidi ingin tahu adakah masalah berat badan yang di hadapinya di sebabkan oleh dia berhenti merokok? Adakah benar merokok boleh membuatkan seseorang itu kurus?

Kes 2

Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Seorang jirannya menyuruh normah mencuba memakan sejenis jamu tradisional yang di import dari Thailand.Menurut sahabat nya Jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit.Setelah hampir sebulan mengamalkan nya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan dari pembekal.Aneh nya setelah beberapa bulan menghentikan jamu badan Normah pula menjadi semakin berisis.Pada mula nya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badan nya .Ini ialah kerana ramai kawan kawan nya Berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut.Normah hairan mengapa kesan jamu itu tidak sama di antara individu yang berlainan.

Namun  setelah saya menerangkan kepada nya bahawa terdapat banyak agen agen yang merosakkan hormone kita baru lah Normah faham  akan kaitan nya.Saya memberitahu nya kadar kerossakan hormone tidak sama di kalangan individu yg berbeza.Kilang hormone di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja.Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancaran nya.

Masalah Normah dan hamidi berpunca dari kerosakan system hormone metabolic yang berpunca dari agen perosak hormone .Ia boleh di pulihkan dengan kaedah yang betul.

Tanpa kita sedari kita terdedah kepada ancaman agen agen perosak hormone.Kewujudan agen agen ini di dalam makanan,kosmetik,botol botol plastic ,pembungkus makanan ,racun serangga dan lain lain menyebabkan kita tidak dapat lari dari masalah kerosakan hormone.Kalenjar hormone sangat sensitive dan mudah rosak .

Kesan daripada hormone yang rosak amat perlahan  .Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja.lalu mereka beranggapan masalah itu adalah di sebabkan penuaan sahaja.Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan.Apabila kerosakan hormone menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara.Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolic turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka.Kulit menjadi bertambah gelap dan kering.Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis.Sesetengah nya mula menjadi pelupa dan mudah stress.Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.

Kerosakan system tubuh  di sebab kan  agen perosak hormone  sangat berleluasa sekali.Ia boleh di jumpai di dalam makanan ,air minuman dan bahan kosmetik yang kita gunakan seharian.Pada peringkat awal pengguna tidak merasa bahana nya kerana ia bertindak seakan akan estrogen namun lama kelamaam fungsi hormone mula merosot.Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini .Apabila lahir bayi ini berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormone dalam tubuhnya.

 

Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci racun serangga .dan bahan plastic.

Phthalates  merupakan bahan yang di campurkan di dalam PVC. PVC banyak di gunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot.

•          Dioxins

•          PCB’s (polychlorinated biphenyls) bahan insulator

•          DDT (pembunuh jentik jentik)

•          PBDEs (polybrominated diethyl ethers) .Alat pemadam api

•          Logam berat seperti plumbum cadmium

•          Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh tumbuhan

•          tetap merosakkan fungsi hormone

Semememang nya amat sukar bagi kita mengelakkan dari bahan bahan ini kerana kewujudan nya sangat berleluasa sekali di dalam alam sekitar.Namun pengetahuan berkaitan agen perosak hormone sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam industry seumpama ini.

.Kalenjar hormone boleh lah di ibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif.Apabila terkena agen perosak maka kilang juga menjadi perlahan .kapasiti nya akan merosot.Apabila kita mengukur paras hormone dalam darah kita akan mendapat keputusan yang sangat rendah. Rawatan pemulihan hormone boleh di laksanakan dengan penggunaan  hormone bioidentical

Apabila seseorang menggunakan hormone bioidentical darah nya akan mempunyai kadar hormone yang tinggi.Kilang kilang yang terlalu aktif  tadi  mula berehat.Tempoh rehat ini sangat penting bagi proses baik pulih kalenjar hormone.Bila kalenjar hormone pulih kembali maka penghasilan hormone adalah lebih baik dan penyembuhan mula terjadi.

Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda ,lebih cergas,meningkatkan kualiti struktur kulit serta menjadikan seseorang tampak lebih segar.Ingatan juga menjadi semakin kuat malahan mata juga semakin pulih dan kelihatan menarik.

Jangkamasa rawatan adalah di antara 3 bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosostan hormone seseorang.

Seseorang yang sembuh dari mkerosakan hormone akan mendapat manafaat yang baik hasil penyembuhan ini.

Dia akan berasa bertenaga seolah olah muda semula.hati juga berasa riang dan tenang serta tahap kesihatan nya turut menjadi lebih baik lagi.Bentuk badan juga akan berubah di mana dia akan tampak lebih segak dan tampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>