Salam Dari Doktor

 

Assalamualaikum semua,

Terlebih dahulu saya Dr Rushmini Maris ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan puan membaca warkah ini.

Saya ingin berkongsi dengan tuan puan sebuah kisah yang mencetus inspirasi kepada saya. Beberapa tahun dulu saya hanyalah seorang doktor yang membuka beberapa buah klinik  swasta. Perniagaan yang maju serta kehidupan yang murah rezeki telah saya nikmati ketika itu. Tugas saya mudah iaitu memberi ubat mengikut jenis sakit sesiapa yang berkunjung. Syukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu rezeki dan menjadikan klinik saya sebuah klinik yang di sukai ramai.

Pesakit kencing manis dan darah tinggi memberi keuntungan tinggi kepada saya kerana mereka akan mengambil ubat setiap bulan dan mereka ini sangat ramai. Lagi pun penyakit itu tidak boleh sembuh maka mereka ialah asset yang penting bagi klinik saya kerana kunjungan yang tetap setiap bulan. Begitu juga sakit tulang, sendi, migraine dan obesity. Mereka ini juga bergantung kepada ubat yang saya jual.

Sebagai seorang doctor saya berterus terang kepada mereka bahawa penyakit kronik tidak mungkin sembuh. Itu yang saya belajar di sekolah perubatan dan saya berpegang  teguh kepada ilmu saya.

Apabila nenek saya menderita kerana kencing manis tak terkawal dan ibu saudara saya terlantar akibat arthritis yang teruk hati saya menjadi sayu sekali. Sebagai seorang doktor sudah tentu saya mahu memberi yang terbaik kepada mereka namun jelas sekali saya tidak berdaya melakukan nya. Saya melihat dua orang bapa saudara saya meninggal dunia akibat serangan jantung tanpa berupaya melakukan apa-apa, nenek yang saya sayangi juga akhirnya turut meninggal dunia,walaupun  kesemua mereka rajin makan ubat dan berulang alik ke klinik pakar setiap bulan namun jelas sekali ubat yang di ambil tidak dapat membantu.

Tiba-tiba ibu dan bapa  saya pula di sahkan mengalami darah tinggi, selepas makan ubat darah tinggi ibu saya menjadi lemah dan tidak ceria, begitu juga bapa. Kedua-duanya berubah menjadi murung  seolah olah hidup dalam  kedukaan yang saya sendiri tidak dapat jelaskan mengapa.

Lalu saya di belenggu persoalan adakah ubat-ubatan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian? Mengapakah kesan ubat itu begitu buruk sekali?

Apabila saya sendiri mula mendapat tekanan darah tinggi  saya mula memahami apakah yang di rasai oleh ibu bapa saya, arwah nenek saya ,pak cik saya serta kesemua para pesakit yang mengambil ubat-ubatan sebegini. Setiap bulan mereka datang mengambil ubat kerana terpaksa. Ubat-ubat itu mengganggu mereka membuatkan mereka menjadi murung, tertekan, sukar tidur serta mendapat kesan sampingan yang lain.

 

Saya bersyukur kerana masalah yang saya hadapi membuka mata saya untuk mendalami dengan lebih mendalam menggenai persoalan ini. Saya berkunjung ke India bagi mengikuti kurus yang di jalankan oleh seorang doktor terkemuka dunia bernama Thiery Hertoge.

Dr Thiery Hertoge pernah di hukum di keluarkan pendaftaran sebagai pengamal perubatan lantaran kelantangan nya mengkritik perubatan barat, beliau berpendapat ubat-ubat hanya sekadar menahan sakit, untuk sembuh kita perlu memulihkan sistem hormon dalam tubuh kita. Hanya pemulihan hormon mampu memberi penyembuhan yang sebenar.

Beliau berkata kalenjar hormon manusia perlu di bajai kerana apabila hormon mati maka seseorang akan menjadi tua. Apabila hormon kita cantik kita akan muda dan bebas penyakit tidak kira berapa pun usia kita. Tidak hairan lah beliau yang berusia 70 tahun nampak seperti baru berusia 30 an.

Perubatan barat ialah suatu perniagaan yang besar. Menjual ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat stroke, ubat jantung dan lain-lain merupakan satu perniagaan bagi mereka maka tidak mungkin mereka suka kan kaedah lain, bayangkan jika penduduk dunia semuanya sihat dan sukar mendapat penyakit, bagaimanakah perniagaan mereka ini akan berkembang?

Selama ini saya tidak percaya tentang pengambilan supliment atau makanan tambahan, bagi saya ia merupakan satu gimik di mana para pengusaha mahu meraih keuntungan semata mata. Keadaan mula berubah apabila saya faham bahawa dalam tubuh kita, kita memerlukan nutrisi yang tepat bagi membaiki sel yang rosak. Kalenjar hormon merupakan asas kesihatan seseorang, apabila kelenjar hormon  baik maka seseorang akan sihat dan muda. Kalenjar hormon memastikan sakit kencing manis sakit jantung, sakit gout, arthritis dan lain-lain di pulihkan. Kita mesti memulihkan dan membaiki kalenjar ini bagi membolehkan penyakit di sembuhkan.

Hormon insulin menghalang kencing manis, hormon adrenal menghalang arthritis, hormon  lain seperti thyroid, leptin, melatonin dan sebagainya mencegah obesity, kanser dan pelbagai sakit kronik.

Dengan mengambil pemakanan tambahan yang betul segala masalah kesihatan dapat di sembuhkan. Saya mula merawat diri sendiri, ibu bapa  serta ahli keluarga saya. Ternyata kaedah rawatan tanpa ubat dan hanya dengan unsur semula jadi seperti mineral unsur surih  yang tepat, oksigen dalam bentuk ozone serta hormon memberi hasil yang menakjubkan.

Ibu bapa saya  sembuh sepenuhnya dari darah tinggi, pak cik saya sembuh dari masalah jantung dan mak cik saya kini tiada lagi kencing manis. Saya sendiri bebas dari darah tinggi dan tenaga menjadi meningkat.

Hal ini sangat menggembirakan saya. Apabila kita sihat maka kita tampak  muda dan jelita. Saya berasa  terpanggil berkongsi kisah ini dengan tuan puan kerana saya mahu tuan puan juga merasa apa yang saya telah lalui.

 

Siapa kata kita tidak boleh sembuh dari kencing manis? siapa kata darah tinggi ialah penyakit yang perlu di deritai seumur hidup? bagaimana dengan gout, sakit jantung, masalah kolestrol dan lain- lain? obesity degil pula bagaimana? sebenarnya anda boleh sembuh jika anda berusaha dan faham mengenai nutrisi dan keperluan nutrisi. Justeru itu saya mengadakan bengkel kesihatan dan kecantikan secara percuma bagi anda yang inginkan pengetahuan dan mahu mengubah nasib diri sendiri.

Saya harap tuan puan akan datang ke bengkel saya dan belajar kaedah yang saya cipta khusus untuk anda . Ubat bukan keperluan tubuh badan, nutrisi dalam pelbagai bentuk ialah keperluan sebenar dan ia harus tepat dengan keperluan tubuh anda.

Kata pepatah “Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri Cina” dan ilmu yang saya kongsikan akan membuka minda  anda. Insyaallah.

Wassalam.

 

DR Rushmini Maris bt Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cawangan:

 

MARISSA AESTHETIC BANGI

3-1-1B, Tingkat 1, Jalan Medan PB 2,

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 8925 2334

 

MARISSA AESTHETIC SHAH ALAM

No. 20, Tingkat 1,

Jalan Tg Ampuan Zabedah K/9K,

Section 9, 40100 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : 019 396 3678

 

MARISSA AESTHETIC MELAKA

No 32-1 Jalan MJ 1

Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam

75350 Hang Tuah Jaya, Melaka

Tel : 06 317 0412  /  013 338 6698

 

 

 
 

Men Center (Semenyih)

No. 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,

Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor

Tel : 03 8723 4808 / 017 358 1619

 

 

 

 

 

PROGRAM : NONA

SEGMENT : SEPETANG BERSAMA ‘DR. RUSHMINI MARIS ISMAIL’

 

 

  • Penglibatan awal Dr. Rushmini Maris Ismail dalam bidang kecantikan dan kesihatan.(bila saya sendiri bermasalah dan principal yg saya belajar di kolej perubatan teknik yg saya gunakan selaras dengan penemuan2 yg di buat oleh pakar2 jadi saya mencari cari jalan penyelesaian dengan ke luar Negara.ke paris dan india.

 

 

  • Seperti yang saya tahu, dalam artikel utusan yang saya baca. Dr. ada mengatakan ‘Tidak guna cantik jika fizikal serta mental seseorang tidak sihat’. Boleh Dr. huraikan. seseorang yg kurus cantik ,tapi kencing manis.seorang yg kurus cantik tapi makan ubat darah tinggi.atau mengalami masalah insomnia (sukar tidur) , muka cantik hidung mancung tapi obesity ,ramai tak taw masalah ini 100 peratus berpunca dari hormone yg rosak.    bila hormone ia turut menjejaskan personality.

 

 

  • Pengalaman menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh klien yang datang.

banyak pengalaman.klien saya tak mengira usia bangsa dan gender.masalah rambut botak dan gugur  bulu roma bulu kaki masalah salah pakai kosmetik pigmentasi .ibu bapa membawa anak yg bermasalah jerawat,bagi saya saya akan selesaikan dengan melihat keadaan darah kita.

 

Aktiviti Seharian Dr. Rushmini/ hobi baca buku  muzik menyanyi memasak

 

  • Apa itu perubatan estetik. bukan untuk cantik tapi regenerative medicine dan membetulkan hormone .

 

  • Pengenalan hormon, fungsi, masalah serta rawatan khusus untuk menjadi langsing.
  • Apa itu bioidentical hormon.
  • Rushmini menawarkan pengetahuan terbaru tentang dunia estetik yang menggabungkan elemen sihat dan cantik. Boleh huraikan.
  • Terangkan rawatan yang ditawarkan : hormon, maser, serdev, rawatan ozon, enzim terapi dll.
  • Saya dapat tahu Dr. menimba ilmu estetik di pelbagai negara. Boleh Dr. ceritakan serba sedikit mengenainya.
  • Boleh Dr. Rushmini kongsi petua dan nasihat berkaitan dunia perubatan dan kecantikan.

 

*Minta kerjasama Dr. Rushmini untuk sediakan gambar-gambar Dr. dan gambar-gambar keluarga, serta gambar2 yang ada kaitan dengan pengalaman Dr. dalam bidang ini. (hard copy atau soft copy)

* Berpakaian kasual, kemas, dan siap make-up.

*Interview ini akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>