Kenali Hormon Anda

Untuk mengetahui lebih lanjut, subscribe kepada kami disini

exercises-to-lose-belly-fat

PEROLEHI KUNCI CELIK HORMON UNTUK KEKAL SIHAT, ANGGUN DAN BERGAYA

Dr. Rushmini Maris Pengasas Marissa Aesthetic dan Anti-Aging Center, Poliklinik Penawar Semenyih akan membawa anda untuk melalui satu perjalanan ilmu yang akan memberi manfaat berkekalan sepanjang hidup anda.

Terlebih dahulu Dr. Rushmini menjemput anda untuk fokuskan fikiran anda  kepada soalan-soalan  berikut:

 

Tahukah anda peranan hormone adrenals sangat besar kepada kesihatan kita?

Keupayaan kita untuk bangun pada waktu pagi dan seterusnya menjalankan kehidupan seharian dan menghadapi desakan kehidupan seharian memerlukan fokus, aktif dan semuanya bergantung kepada tenga dalam diri. Tenaga ini digerakkan oleh  adrenals yang menghasilkan kejutan dan lontaran-lontaran kecil  tenaga dari masa ke masa.

 Apakah implikasi lontaran tenaga adrenals keatas kesihatan kita?

Gaya hidup yang dilalui hari ini penuh dengan stress. Kita menghadapi tekanan hidup yang berat untuk maju dalam karier atau sesuatu profession atau perniagaan. Kita menghadapi  tututan psaikologi dan fizikal yang banyak dalam pekerjaan, dan tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam pada itu kita mungkin berhadapan dengan banyak masalah seperti  kurang tidur, masaalah kewangan, dan ini menuntut seseorang menjaga diet. Segala ini boleh menimbulkan kerunsingan atau kemurungan.

Tahukah anda yang kemurungan emosi berpunca daripada kerja adrenal kita dalam menghasilkan hormone bagi memberi tenaga untuk membolehkan kita menjalani kehidupan dan berdepan dengan stress. Jika keadaan stress ini berterusan maka besarlah bebanan yang ditanggung adrenal dalam menghasilkan hormone untuk memberi daya dan tenaga kepada kita. Hormon yang di hasilkan ini ialah cortisol dan adrenaline.

a

 Subcribe NOW

Bagaimana anda boleh memperolehi kunci supaya celik hormone

Jika anda merasai simptom-simptom seperti stress dan pertambahan berat badan yang tidak dapat dikawal melalui diet, rasa kemurungan dan keletihan atau kelesuan seolah hidup ini satu bebanan emosi yang sangat kuat tekanannya kepada anda. Inilah tandanya anda mempunyai masalah hormone. Anda perlu memahami apakah punca sebenar kepada masalah ini supaya anda boleh mendapatkan diri anda rawatan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut. Kami  di Marissa Aesthetic and Anti-Aging Centre sedia memberikan bantuan untuk anda mendapatkan panduan menyelesaikan masalah anda kerana kami mempunyai pengalaman yang luas merawat pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kemurungan yang kronik dan mengalami masalah penuaan sebelum tiba usianya.

Mari kita ikuti penerangan yang membantu ramai pesakit yang mempunyai masalah ini.

TAHUKAH ANDA HORMON BOLEH PENGARUHI BENTUK BADAN ANDA?

Mengenali jenis hormon sendiri memudahkan anda untuk memberitahu doktor masalah yang anda hadapi.

Apakah jenis hormon anda?

Jawab soalan-soalan berikut:

A) Adakah anda selalu rasa:

1) Teruja untuk makan

2) Rasa stress dan risau

3) Kehabisan tenaga ‘burned out’

4) Adakah anda merasai kegemukan?

5) Acne

6) Tidur yang terganggu

7) Adakah anda punya lemak terkumpul:

i-Pada perut

ii-Pada paha

iii-Bahagian sekitar buah dada

Sertai kami di sini

index

(Jika anda menjawab “YA” pada tiga atau lebih pada soalan di atas bermakna anda tergolong dalam jenis SENTIASA BERASA LAPAR)

B) Jawab soalan-soaln berikut:

Adakah anda selalu merasa:

1) Mudah marah

2) Tegang

3) Murung

4) Adakah anda mempunyai masalah:

i-Sakit kepala atau migraine

ii-Susah untuk focus

iii-Sakit otot atau badan

iv-Adakah anda mempunyai kegemukan yang menyeluruh?

(Jika anda menjawab”YA” pada tiga atau lebih pada soalan di atas bermakna anda tergolong dalam jenis SELALU ADA YANG TIDAK KENA (MOODY))

C) Jawab soalan-soaln berikut:

Adakah anda:

1) Mudah lupa

2) Tidak bermaya

3) Tidak bermotivasi

4) Adakah anda mempunyai:

i-Kedutan diwajah

ii-Kulit terasa nipis dan kering

iii-Susah tidur atau tidur tak nyenyak

5) Adakah kegemukan anda bertompok:

i-Dilengan

ii-Diatas lutut

iii-Pada perut

(Jika anda menjawab “YA” pada tiga atau lebih pada soalan di atas bermakna anda tergolong dalam jenis SUKAR BERGERAK atau BERGERAK PERLAHAN)  Ketiga-tiga soalan diatas memberitahu kita tentang masalah hormon dalam diri kita. Jika anda menjawab dengan jujur ia akan membantu anda membuat analisis dan seterusnya menjadikan anda celik hormon. Program yang kami sediakan dalam website ini khusus untuk membantu anda menyelesaikan masalah hormon. Program seperti ini anda tidak akan dapati di mana-mana . Ini adalah hasil kajian terperinci DR Rushmini Maris khusus bagi Subcriber kami..

Selamat Mencuba dan Menjadi celik Hormon

Subcribe NOW

MARI KITA KENAL ADRENAL GLAND DARI SEGI FUNGSI DAN KESANNYA

Gland adrenal ini merupakan satu organ sebesar biji kacang. Peranannya ialah bagi  mencetuskan tenaga dengan tiba tiba.Tenaga seperti ini diperlukan  apabila anda menghadapi sama ada stress yang  wujud dari ransangan luaran atau sesuatu yang dirasai secara imaginasi. Tenaga yang di hasilkan sangat kuat.Ia akan mengeluarkan signal untuk anda. Apabila signal di cetus tubuh badan anda akan bertindak untuk  melawan atau melarikan diri. Cetusan tenaga ini amat penting apabila anda terdedah kepada ancaman luaran yang merbahaya. Bayangkan apabila tiba-tiba anda terserempak dengan binatang buas.Di waktu ini anda akan berlari dengan pantas atau memanjat pokok. cetusan tenaga dihasilan oleh gland adrenal memberi anda kekuatan itu.  Ini fungsi yang normal dimainkan oleh gland ini.

Namun dalam kehidupan moden hari ini gland adrenal bertindak terhadap ransangan berlainan. keperluan fizikal dan psikologi seperti  dalam menghadapi stress kerja, tanggungjawab berkeluarga, hubungan dengan orang lain atau keadaan diri sendiri, kekurangan tidur, masalah stress,emosi dan menjaga diet. Perkara ini menimbulkan ketegangan dan stress yang berpanjangan. Maka gland adrenal kita sentiasa berkerja tanpa rehat. Akibatnya, adrenal gland menjadi tidak tentu ragam.Akibat daripada cetusan tenaga tanpa putus-putus menyebabkan hormone  dalam badan terganggu.Ini akan mengakibatkan akibat yang sangat tidak baik kepada kesihatan anda.

Anda boleh bayangkan keadaan adrenal yang berkerja tanpa henti seperti pedal kereta yang di tekan sampai ke habisan secara berterusan padahal ianya berada pada gear satu. Kerosakan pasti terjadi kepada kereta itu.

Kesan daripada adrenal gland yang terlalu penat berkerja mempunyai tanda-tanda pada badan kita dalam bentuk simpton-simpton seperti berikut:

  • Tekanan darah:-Tekanan darah tinggi atau rendah. Jika tekanan rendah anda anda akan rasa pening-pening
  • Teruja untuk makan banyak dan perubahan berat badan
  • Tenaga: berterusan, hendak cepat-cepat bergerak kemudian kelesuan, kurang stamina, tiada tenaga untuk meneruskan sesuatu kerja
  • Emosi: keadaan emosi terganggu, tidak dapat menghadapi stress bisas harian, merasa tewas, sukar untuk menjalani rutin-rutin harian, dihantui kerisaun
  • Fikiran: fikiran tidak jelas tidak boleh fokus berterusan, fikiran bercelaru
  • Alahan: selalu mendapat penyakit, dan mengambil masa lebih lama daripada orang lain untuk sembuh, begitu juga jika menghadapi trauma kesannya berlarutan
  • Tidur:tidur tidak nyenyak, atau kerap terjaga malam. Tidur nyenyak tetapi berasa lesu apabila bangun
  • Hormons: symptom sebelum menopause bertambah teruk, libido menurun

(Tanda-tanda ini garis panduan kasar sahaja kerana symptom ini boleh juga berpunca daripada masalah lain)

 

dfhd

Kami menyediakan Soalan-soalan bagi memeriksa tahap adrenal.

Dengan menjawab ya atau tidak kepada soalan berikut anda akan mengetahui sejauh mana kesihatan adrenal anda. Jika terdapat banyak “YA” anda mungkin berisiko kesihatan dan mengalami kemerosostan adrenal. Teruskan menguji diri anda

1) Saya rasa,saya mesti menghasilkan sesuatu dan saya dikenali sebagai seorang yang dapat menghasilkan sesuatu dengan kesungguhan yang melauap-luap.

2) Saya letih dan meradang setiap masa, saya cepat meletup

3) Bila saya kelesuan saya rasa tidak tentu arah dan tidak dapat relaks

4) Saya selalu mengalami keletihan yangteruk  ditengahhari dan mual lega diwaktu petang

5) Saya teruja dengan makanan masin dan makanan manis dan tidak boleh mengelak dari makan

6) Saya mudah berasa pening-pening pada waktu pagi dan terhuyung-hayang apabila bangun dengan cepat

7) Saya susah untuk bangun pagi dan saya tidak boleh hidup tanpa kopi

8) Saya selalu berasa risau tetapi tidak tahu sebabnya

9) Saya jarang memikirkan seks bersama pasangan sejak akhir-akhir ini.

10) Saya berasa mudah tidak puas hati, dan suka melakukan semula kerja-kerja yang sudah di buat.

11) Apabila saya berada di tempat yang selesa walau sekejap, saya mudah tertidur

12) Saya sentiasa memerlukan gula atau kaffin tambahan pada waktu tengahari

Sekiranya simptom ini dirasai anda perlu menjalani pemulihan hormon adrenal sila subscribe

grtdhtb

Mari kita memahami emosi wanita dan Oestrogen

Adakah anda seorang wanita ?

 

Terdapat pertalian rapat antara oestrogen dengan kesejahteraan emosi wanita. Perubahan mood wanita berlaku sewaktu sebelum haid (premenstrual syndrome),premenstrual dysphoric disorder and kemurungan selepas bersalin (post natal depression).

Masalah ini berpunca daripada oestrogen yang sedikit atau berlebihan.  Jadi apakah yang dikatakan oestrogen yang normal?

Bermula pada usia remaja,ovari wanita mula mengeluarkan oestrogen mengikut kitaran haid bulanan. Pada pertengahan kitaran,oestrogen bertambah untuk menggerakkan pengeluran telur (ovulation) . setelah itu pengeluaran oestrogen berkurangan dan pada masa berikut dalam sebulan ,tahap pengeluaran oestrogen akan menaik turun secara perlahan.

Kesan pegeluaran oestrogen ini berbeza bagi setiap wanita. Tahap pengeluran oestrogen tidak memberi tanda tentang perubahan mood wanita. Namun ianya tidak di nafikan,bahawa oestrogen tidak mempengaruhi mood wanita kerana estrogen mempunyai kesan pada bahagian dalaman badan termasuk pada otak.

Namun kesan oestrogen boleh dinyatakan seperti berikut:

1-Meningkatkatkan serotonin dan bilangan serotonin receptors dalam otak

2-Memodifikasikan pengeluaran endorphin, kimia yang membawa rasa tenang dan damai

3-Melindungi saraf daripada kerosakan dan juga menggalakkan pertumbuhan saraf

Kesan kesemua ini kepada seseorang wanita tidak boleh diramal. Tindakan oestrogen terlalu rumit bagi pengkaji bidang ini untuk memahami sepenuhnya. Sebagai contoh oestrogen juga mempunyai kesan positif pada otak, ramai wanita mempunyai mood yang baik selepas menopause walaupun pada ketika itu kadar oestrogen sangat rendah.

Terdapat pakar-pakar dalam bidang ini yang percaya ada wanita yang sangat sensitif kepada kitaran haid dan perubahan kadar oestrogen dan ada pula yang tidak sedemikian. Mereka percaya faktor yang mempengaruhi mood wanita ialah turun naik kadar hormone pada waktu kesuburan yang menimbul gangguan mood.

 

Memahami Pengaruh Hormon ke atas kesihatan dan keceriaan diri 

Hypothyroidism (Hormon Metabolik)

adakah anda ingin menurunkan berat badan?

pernahkah anda mencuba rawatan menurunkan berat badan?

Jika jawaban anda ialah YA ini bermakna masalah anda ialah kekurangan hormon tyroid.

Thyroid ialah sejenis hormon yang penting untuk berada dalam keadaan seimbang. Masalah timbul apabila thyroid berkurangan atau berlebihan. Kekurangan ini boleh berlaku pada kadar yang sedikit dan sukar dikesan atau kadar yang banyak atau kekurangan yang menimbulkan masalah kesihatan yang serius.

Apakah symptom atau kesan daripada thyroid yang kurang aktif? Rasa lesu ketika bangun tidur, lengan rasa sejuk , kulit rasa kering, kemurungan, otot merasa tegang dan lemah, sembelit, menjadi slow dan berat badan bertambah.

Untuk mengetahui keadaan yang anda hadapi, doktor boleh membuat diagnosis melalui pemeriksaan darag seperti  TSH T3, T4 and antibodi thyroid. Menurut kajian, dianggarkan antara 10-25 % manusia menghidap masalah kekurangan thyriod . Sebilangan besar mereka tidak pernah berjumpa doktor untuk membuat diagnosis ini.

mari subscribe

Soalan Diagnosis Untuk Tahap Kesihatan Diri Sendiri

Disini, doktor memberi peluang kepada anda untuk membuat diagnosis sendiri mengenai keadaan diri anda berkaitan dengan keseimbangan atau kekurangan thyroid dalam diri anda.

Untuk mengetahui sama ada thyroid berada dalam keadaan tidak aktif atau tidak sila jawab kenyataan dibawah. Keputusan mengenai keadaan thyroid anda dan huraiannya akan  diberi di penghujung soalan.:

a

Keadaan kelesuan atau keletihan:

(Pilih satu sahaja soalan berikut)

Jarang atau tidak pernah merasa demikian

Rasa keletihan hanya sedikit dan hanya kadang-kadang

Rasa keletihan sederhana dan /atau agak kerap

Rasa keletihan amat sangat dan atau hampir setiap  masa

jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, subscribe

Tenaga sangat kurang diwaktu bangun tidur, walaupun tidur yang mencukupi

Jumlah skor anda ialah:

Jika anda memperolehi :

1) 0-9 anda adalah bebas daripada fungsi thyrioid yang rendah

2) 10-22 ada kemungkinan mempunyai fungsi thyroid yang tidak memuaskan dan anda perlu membuat ujian metabolic temperature untuk mendapat keterangan lebih terperinci

3) 23-39 ada kemungkinan  fungsi thyrioid anda rendah dan anda perlu berjumpa doktor untuk buat ujian metabolic temperature dan berbincang dengan doktor

4) 40 atau lebih ada kemungkinan besar fungsi thyrioid anda lemah –anda perlu jumpa doktor untuk membuat ujian darah

yufyitg

jom kita subscribe

BACA KISAH INI>>>

Puan Zuraida datang bertemu saya pada ogos 2008.Saya dapati Puan Zuraida yang cantik bergaya ini mempunyai personaliti yang ramah dan mesra.Sesuailah dengan imej beliau sebagai seorang usahawan berjaya.

 

“Doc tolonglah saya…Saya nak jadi lansing dan lebih kurus.”Katanya tanpa berselindung.

 

“Saya dah cuba pelbagai cara.Pusat pusat pelansingan pun saya dah pergi.Tapi saya gagal.”keluhnya kesal

 

Saya memandang wajah Puan Zu.Air matanya bergenang.Tiba tiba dia menangis teresak-esak.

Doktor tahu betapa saya ingin turunkan berat saya.Saya tak selesa dengan berat 100 kg ni.”.

Saya control makan.Saya pun ada ambik ubat doctor tapi berat badan turun sekejap je.lepas tu naik balik.,pusat slimming yang mahal beribu ribu pun saya dah pergi tapi berat saya tak berganjak.Ia turun sikit tapi naik balik. Puan Zu tak dapat lagi membendung kerisauan dan kekecewaan hatinya

 

Menurut Puan Zu beliau sentiasa berawas awas semasa makan dan pernah tidak menjamah nasi selama berbulan bulan namun berat badan turun hanya sebentar.Ini mmebuat beliau menajdi terlalu kecewa.Bagi beliau meskipun mencuba pelbagai cara dan melalui keperitan dan kepayahan namun hasil nya tiada.Dia merasa hairan melihat orang lain yang tidak perlu bersusah payah seperti nya namun masih berjaya mengekalkan berat badan dan kelihatan cantiuk bergaya..

 

Saya membuat pemeriksaan keatas Puan Zu.Tekanan darah beliau 140 /88 manakala paras gula dalam badannya agak rendah.Paras kolestrol pula agak tinggi.

 

 

Saya memaklumkan kepada Puan Zu bahawa beliau menghadapi masalah metabolic atau saya lebih suka menggelarkannya sebagai cabaran metabolic.(metabolic challenge)

 

Saya menerangkan kepada puan zu system  metabolic beliau amat rendah.segala makanan yang di makan tidak bertukar menjadi tenaga sebaliknya ia hanyalah ditukarkan kepada lemak sahaja.sebab itulah beliau merasa letih dan lesu sahaja,dan tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti.

 

Sistem tubuh manusia menukarkan lemak kepada tenaga.Tubuh manusia juga menukarkan makanan kepada tenaga.Namun apabila kedua dua system rosak maka tidak banyak tenaga terhasil.Akibat nya mereka yang sebegini menderita keletihan dan merasa diri mereka semakin hari semakin murung.

Kesan kesan yang di rasai oleh mereka termasuklah merasa sering sejuk da nada yang mengalami tangan dan kaki yang sering sejuk bila di pegang.Mereka turut berasa kurang gembira dan mudah tertekan dan berjiwa sensitive. Selain itu mereka mudah mendapat cramps pada kaki terutama pada waktu malam dan sering merasa jantung seolah olah berdebar debar. Akibat system metabolic rosak juga membuatkan seseorang mudah lapar dan sering inginkan makanan yang manis.

Bagi memastikan gejala sebegini saya menjalankan ujian darah memantau paras hormone dalam tubuh beliau.

pendekatan yang harus di buat bukan sahaja meningkat paras hormone yang rendah namun saya menekankan  soal pengambilan vitamin dan mineral yang sesuai buat nya.

 

Kini setahun telah berlalu.Puan Zu  kini seorang wanita anggun bersaiz m.Tiada lagi kelibat seorang wanita gempal dengan berat 100 kg dan kedukaan yang bersarang di hati.Puan Zu  kini cantik sekali.Beratnya hanya 70 kg dan potongan tubuhnya persis anak dara.

Setelah setahun mengenali beliau baru saya tahu kisah hidup beliau yang sedih. Rupa rupa nya gara gara tubuh yang gemuk, suami nya telah berubah hati.Mereka berpisah kerana sang suami merasa malu dengan penampilan isteri yang gemuk.

 

Menurut Puan Zu dia sudah serik .”Masa akak tak lawa dulu dia tinggalkan akak.Padahal masa tu akak sakit tanpa akak menyedarinya.Sepatutnya dia lebih sensitive dengan masalah akak namun sedikit pun tiada belas kasihan di hatinya.Akak dah maafkan namun tak mungkin akak dapat melupakan kesakitan yang telah akak rasa.”

 

Saya merenung sejenak kata kata itu.Ramai wanita yang menghadapi situasi seperti itu.Ada yang mengambil langkah positf manakala ramai juga yang berdiam diri dan menelan kekecewaan hati mereka.Siapa kata wanita tidak mampu bangkit dari kekecewaan.?Waniat yang bangkit dari kekecewaan akan menjadi lebih kuat dan mampu berdiri sendiri .Meskipun hatinya sekeras kerak nasi ….

 

Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila subscribe atau hubungi kami!!

SMS MARISSA (space) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697

Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>