Adrenal Body Type

Bentuk Adrenal

Salah satu ciri bentuk badan adrenal ialah keadaan kembang di kawasan pertengahan badan iaitu perut. Hal Ini berlaku jika sekiranya lemak terkumpul pada organ peting dibahagian tengah badan.

Puncanya ialah stress yang berlarutan. disebabkan stress yang berlarutan badan tubuh kita akan mengeluarkan  hormone cortisol yang akan menjadi punca pengumpulan lemak.

Tanda- tanda body type adrenal

  • Keadaan tidur terganggu
  • Timbulnya kerisauan,
  • Fikiran tak menentu,
  • Fikiran kabur,
  • ingatan lemah dan berat badan bertambah.

Dalam keadaan seperti ini diet untuk mengurangkan berat badan dan exercise tidak akan membantu mengurangkan berat badan bahkan menambahkanya.

Pelik bunyinya? Tetapi ini benar kerana apa yang berlaku ialah mengurangkan pengambilan kalori dan exercise itu menambah stress. Oleh sebab itu mereka yang cuba mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan makanan dan exercise kecewa untuk mencapai tujuannya. Bebagai aktiviti fisikal yang dibuat oleh mereka yang memiliki bentuk badanya adrenal tidak berhasil untuk menurangkan kembang di perut.

Tahukah anda peranan hormone adrenals sangat besar kepada kesihatan kita?

Keupayaan kita untuk bangun pada waktu pagi dan seterusnya menjalankan kehidupan seharian dan menghadapi desakan kehidupan seharian memerlukan fokus, aktif dan semuanya bergantung kepada tenga dalam diri. Tenaga ini digerakkan oleh  adrenals yang menghasilkan kejutan dan lontaran-lontaran kecil  tenaga dari masa ke masa.

 Apakah implikasi lontaran tenaga adrenals keatas kesihatan kita?

Gaya hidup yang dilalui hari ini penuh dengan stress. Kita menghadapi tekanan hidup yang berat untuk maju dalam karier atau sesuatu profession atau perniagaan. Kita menghadapi  tututan psaikologi dan fizikal yang banyak dalam pekerjaan, dan tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam pada itu kita mungkin berhadapan dengan banyak masalah seperti  kurang tidur, masaalah kewangan, dan ini menuntut seseorang menjaga diet. Segala ini boleh menimbulkan kerunsingan atau kemurungan.

Tahukah anda yang kemurungan emosi berpunca daripada kerja adrenal kita dalam menghasilkan hormone bagi memberi tenaga untuk membolehkan kita menjalani kehidupan dan berdepan dengan stress. Jika keadaan stress ini berterusan maka besarlah bebanan yang ditanggung adrenal dalam menghasilkan hormone untuk memberi daya dan tenaga kepada kita. Hormon yang di hasilkan ini ialah cortisol dan adrenaline.

a

Subcribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>