Body Type

 

 

PLATO

Kumpulan P merupakan mereka yang mempunyai kalenjar pituitary yang aktif.

Mereka mudah di kesan kerana mempunyai bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain. Mereka mempunyai soket mata bulat oleh itu mereka kelihatan awet muda, bentuk tubuh mereka pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek. Mereka tampak seperti kanak kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah gemar berangan angan dan berfantasi. Mereka mudah di dekati namun sukar di fahami berikut sifat mereka yang sering berkhayal di alami ciptaan sendiri. Mereka berhati baik dan mudah untuk meminta tolong. Justeru itu, mereka ini merupakan pekerja yang mudah mengikut arahan, makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka sukakan cita rasa yang lembut dan sederhana.

 

Kumpulan l

Kumpulan L pula mempunyai perut yang besar. Walaupun tubuh tidak gemuk namun, perut mereka buncit dan mengendur. Mereka mempunyai perawatakan suka berjenaka. Mereka merupakan pendengar yang baik dan setia. Sebagai kawan, mereka boleh di percayai dan meriangkan. Kumpulan ini gemarkan makanan berlemak. Tidak hairanlah mereka mudah terkena masalah berkaitan jantung dan kolestrol.

 

 

Kumpulan A

Kumpulan adrenal merupakan kumpulan yang paling ramai jumlah ahlinya. Mereka ini mempunyai bentuk tubuh yang berupa epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala rangka tubuh bahagian bawah tampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat. Kumpulan ini rajin bekerja. Mereka juga bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Namun, mereka mudah stress dan mudah marah. Mereka juga tidak pandai mengawal rasa marah. Namun, sifat setiakawan dan prihatin ada dalam jiwa mereka. Mereka sering berjaya menjadi bos dalam suatu organisasi. Oleh kerana mereka mengumpul lemak pada muka , leher dan badan atas, wajah mereka menjadi terlalu bulat dan penampilan adalah tidak menarik. Hal ini sering membuatkan mereka gelisah dan menjadikan mereka kurang keyakinan diri. Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga makanan bergaram. Maka, mereka ini mudah terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi.

 

Kumpulan T

Kumpulan t merupakan kumpulan yang agak besar. Mereka mempunyai bentuk wajah yang bujur dan panjang. Mereka sering mempunyai rangka seimbang di mana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang kumpulan ini cenderong dalam aktiviti sukan marathon. Minat mereka mendalam terhadap pelbagai jenis sukan kerana mereka tidak mudah merasa penat. Makanan mereka sederhana, tidak berapa manis dan tidak berapa pedas. Mereka ini kadang kala cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka. Sikap mereka amat perasa namun mereka suka memendam rasa marah dan kecewa dalam hati. Mereka ini amat berahsia dan sangat berhati hati dalam memilih kawan. Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah salur darah.

 

1315314fast-food780x390

 

Kumpulan o

Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan O merujuk kepada ovary wanita. Justeru itu, biasanya ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita sahaja. Wanita yang di maksudkan ini mempunyai lemak banyak berkumpul; di peha dan punggung. Bentuk mereka ialah bentuk buah pear. Wanita jenis o ini bersifat sangat penyayang. Mereka mempunyai ciri ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering kali bercakap tanpa memikirkan akibat nya. Oleh itu, mereka sering di labelkan sebagai mulut celupar. Makanan kegemaran mereka ialah yang berbentuk cheese atau keju. Mereka gemarkan kek dan mentega dan kuih kuih yang lembut dan berkrim. Masalah kesihatan yang sering melanda mereka ialah masalah berkitan Rahim seperti fibroid dan masalah haid.

Kebanyakan dari kita mempunyai jenis tubuh yang bercampur namun ciri ciri PLATO tetap tidak hilang. Contoh nya jika seseorang yang berpunggung lebar dan berperut besar , kita boleh namakan dia jenis campuran o dan l. Oleh itu pada pendapat saya ciri l bukanlah dominan. Ia boleh wujud dalam mana mana kumpulan ataupun secara berasingan.

Mengetahui jenis PLATO membolehkan kaedah saintifik penurunan berat badan di buat. Ini ialah kerana setiap hormone mempunyai tugas tersendiri dalam proses penurunan berat badan.Ia juga boleh di jadikan garis panduan bagi seseorang yang ingin meningkatkan kecantikan dan kesihatan.

Bagi kumpulan O contohnya, mereka tidak digalakkan mengambil bahan makanan mengandungi soya kerana kandungan hormone phytoestrogen dalam soya boleh menambahklan berat badan mereka. Bagi kumpulan o teknik senaman yang baik ialah jenis mengayuh basikal dan senaman bagi sendi.

Bagi kumpulan a pula mereka lebih sesuai mengamalkan sayuran lembut atau jenis non cruciferous. sayuran jenis ini akan membantu mereka mudah turunkan berat badan. Senaman yang sesuai adalah jenis yoga dan erobik. Di marissa estetik saya sering menekankan kepentingan system plato ini. Plato bolehlah di anggap sebagai kod tubuh seseorang.

Melalui pengkelasan kita boleh mengenalpasti apakah jenis senaman dan pemakanan yang perlu di patuhi bagi mendapatkan kesihatan yang ideal. Bagi tujuan penurunan berat badan juga kaedah pemakanan berdasarkan plato masing maisng akan membantu, menurunkan berat badan dengan berkesan.

 

Hormon Lapar: Insulin

Walaupun insulin memain peranan penting dalam menjamin kesihatan badan, insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kita gemuk. Iinsulin berlebihan menyebabkan badan kita menjadi cenderung untuk menyimpan lemak. insulin berlebihan menjadi penghalang kepada kita untuk menghilangkan lemak. Lebih-lebih lagi lemak diperut boleh dikatakan mustahil untuk di hilangkan.

Kesan daripada lebihan cortisol

Kesan cortisol juga boleh dilihat pada terkumpulnya lemak yang tidak diperlukan dibahagian perut. Kedua –dua hormone iatu cortisol dan adrenalin berguna untuk badan kita mengawal stress. Kortisol berfugsi untuk mengawal stress dalam jangka panjang. Walaupun demikian cortisol yang berlebihan merosakan talian otot serta melemahkan systems pertahanan badan, mengurangkan daya ingatan ,melemahkan tulang serta boleh menyumbang kepada kanser. Pengaruh cortisol juga menyebabkan gangguan kepada imbangna gula dan insulin dalam darah. Juga cortisol boleh menggangu kkeseimbangan hormone yang lain. Cortisol dan adrenalin berlebihan inilah yang menyebabkan anda tidak dapat mengawal nafsu makan yang mendesak pada lewat malam.

Hormon Pertumbuhan (Growth hormon)

Hormon pertumbuhan ini member kesan kepada setiap sel dalam badan kita. Tidak hairanlah ia mempunyai kesan keapda perasaan, pergerakan dan rupa paras kita. Hormon peremjaan ini dikeluarkan waktu malam diwaktu tidur dan diwaktu kita berriadah. Ianya diperlukan untuk pembaikan tisu, bena otot, meningkat kekuatan tulang dan mengekal komposisi badan yang sehat. Kerendahan hormone ini boleh juga menyumbang kepada obesity diperut bagi perempun selepas menopas.

Hormon ini menurun dengan meningkatnya usia, namun tidur yang tidak berkualiti dan melatonin yang rendah boleh menyebabkan penghalsin hoemon ini menurun. Tanpa melotonin yang mencukupi kita hilang kuasa premajaan dan pembakaran lemak juga menjadi kurang. Pentingnya melatonin kerana ia punya antioxidant yang kuat untuk mengekal keremajaan, meningkat kualiti tidur, meningkat libido dan meningkat tenaga dan pertahan kan badan dari penyakit.

DHEA

Ianya hormone yang paling tinngi kuantiti dalam badan kita. Ia menguaktan system mengelak penyakit, membnatu membaiki tisu, meningkat kualiti tidur, dapat mematahkan kesan buruk lebihan cortisol. Ia membantu badan kita melupuskan lemak dan meningkatkan otot. Dengan gabungan pembaikian hasil daripada tiga hormone ini akan memoleh kan anda merasa lebih muda dan kelihatan lebih muda,dengan pinggang yang langsing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>