THYROID HORMONE

HORMON UNTUK KURUS

Pulih hormon untuk kurus
NORIAH dan Razana merupakan dua sahabat karib bersaiz XXL. Kedua-duanya mempunyai berat badan mencecah 100 kilogram. Meski pun begitu mereka sangat ceria dan disukai ramai. Kedua-dua sahabat mempunyai hobi dan kegemaran yang sama. Oleh itu mereka serasi. Sebagaimana pengidap obesiti yang lain wajah mereka bulat dan montel kelihatan serupa seperti adik beradik.
Pengidap obesiti tampak serupa kerana mereka mengalami masalah pengecilan tulang pada rahang dan soket mata. Oleh itu mata tampak kecil dan muka tampak berisi. Apabila mereka kurus bentuk tulang muka kembali normal dan mereka akan kelihatan jauh lebih jelita.
Noriah dan Razana sepakat untuk menguruskan badan. Mereka menjalani program berdiet dan bersenam. Hasilnya mereka berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu berat badan mereka tidak berganjak meskipun mereka mengamalkan diet yang ketat dan bersenam di waktu petang. Oleh kerana kecewa dengan perubahan yang sedikit mereka mengunjungi pusat pelangsingan dan membayar kos sebanyak RM5,000 setiap seorang. Setelah beberapa sesi Razana menunjukkan penurunan yang sangat baik namun Noriah pula sebaliknya. Noriah kecewa kerana tidak mendapat hasil sebagaimana Rozana.
Setelah selesai tempoh rawatan Rozana berubah menjadi seorang gadis ayu yang berbadan cantik. Berat badannya turun kepada 69 kg. Wajahnya juga tampak lebih manis dan jelita disebabkan perubahan pada struktur wajah manakala Noriah gagal melaksanakan impiannya. Noriah berasa tertekan dan kecewa dengan keadaan itu. Rakan-rakan mereka memuji Razana yang semakin hari semakin langsing dan cantik. Noriah akhirnya menyalahkan dirinya sendiri. Dia menganggap tubuhnya gemuk kerana tidak mengikuti diet yang ketat sebagaimana Razana. Dia juga merasakan dirinya ditakdirkan menjadi gemuk dan tidak cantik. Beliau tertanya-tanya di dalam hati di manakah silapnya sehingga menjadi punca kegagalan. Bolehkah Noriah juga menjadi cantik dan langsing seperti Razana?
Sebenarnya Noriah dan Razana mengikuti program yang serupa. Pemakanan mereka juga hampir serupa. Faktor yang menyebabkan Razana berjaya ialah Razana mempunyai enzim dan hormon pembakar lemak yang tinggi dalam tubuhnya. Bagi Noriah pula, jentera pembakar lemaknya rosak dan belum pulih sepenuhnya sebab itu beliau gagal menurunkan berat badan. Razana sebenarnya bernasib baik kerana dapat memulihkan jentera penting iaitu kelenjar hormon tiroid yang menjadi penentu kejayaannya. Kejayaan Razana tidak ada kena mengena dengan program atau jenis senaman kerana kedua-dua sahabat ini mengamalkan amalan yang serupa untuk kurus.
Hormon yang penting bagi membakar lemak adalah hormon tiroid. Kelenjar tiroid berada di leher. Ia merupakan sebuah kelenjar kecil berbentuk rama-rama. Tanpa kelenjar ini manusia

tidak dapat menjalani kehidupan dengan sihat. Hormon tiroid begitu penting bagi fungsi tubuh badan kita. Sesetengah makanan boleh merosakkan hormon tiroid antaranya pewarna makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan makanan yang diproses. Sinar X juga merosakkan hormon kita.
Kerosakan hormon tiroid boleh dibaiki namun kadar pembaik pulihnya berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Bagi mereka yang bernasib baik, apabila membuat perubahan dalam jadual pemakanan, mengamalkan senaman dan menjalani terapi berlaku baik pulih pada hormon tiroid mereka.
Mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Tubuh mereka akan mula membakar lemak dan berjaya menjadi kurus serta cantik. Mereka juga akan berjaya mengekalkan berat badan yang ideal kerana hormon tiroid yang tinggi menghalang lemak daripada berkumpul.
Kekurangan hormon tiroid menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit menjadikan kulit kelihatan merening dan tidak cerah.
Tubuh juga berbau kerana kesan inflamasi atau radang pada kulit. Kulit mereka biasanya tampak kusam dan seri wajah hilang.
Dalam senario Noriah beliau tidak dapat menurunkan berat badan disebabkan hormon tiroidnya yang rendah. Hormon yang rosak tidak dapat sembuh membuatkan beliau tidak dapat menjadi kurus. Untuk membaiki keadaan itu beliau memerlukan rawatan yang spesifik. Saiz kelenjar hormon berbeza-beza dalam tubuh kita. Jika kita tengok saiz hidung, mulut, tangan dan bibir manusia semuanya berbeza. Begitu jugalah dengan kelenjar di dalam badan. Saiz dan bentuknya berbeza dan itulah yang menjadi penentu terhadap kadar keaktifannya.
Bagi saya mereka yang obes dan berjaya menurunkan berat badan dengan sedikit usaha berdiet dan bersenam merupakan golongan yang bernasib baik kerana mereka memiliki kelenjar hormon yang dapat dipulihkan dengan cepat. Bagaimana pula dengan kebanyakan yang tidak berjaya. Dalam pertandingan The Biggest Looser kita menyaksikan peserta disajikan makanan yang sama dan senaman yang sama namun kadar penurunan tetap tidak sama.
Pemeriksaan tahap hormon di dalam badan adalah penting bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan. Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormon. Hormon tiroid perlu berada pada tahap yang tertinggi (7 -8) bagi membolehkan lemak dibakar dengan berkesan. Di Marissa Estetik saya memberikan rawatan enzim yang akan mempercepatkan lagi proses metabolik berlangsung. Peningkatan kadar metabolik memberikan hasil yang menakjubkan pada tubuh badan kita. Seseorang akan mengalami penurunan berat badan, tenaga yang lebih baik dan mereka juga kembali tenang dan gembira.

Saya bertemu Noriah yang sudah pun menurunkan sepuluh kilogram setelah sebulan menjalani rawatan di klinik saya. Kini Noriah faham bahawa masalah yang dihadapinya berkaitan dengan metabolik yang disebabkan oleh kekurangan hormon dan enzim di dalam badan. Dia juga lebih cantik dan tampak berbeza sekali kerana pulih daripada masalah obesiti.

Fungsi utama kelenjar tiroid adalah mempertahankan laju metabolisme yang sesuai. Kalsitonin yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid penting untuk metabolisme kalsium dan juga bekerja untuk mengurangi konsentrasi kalsium plasma darah. Hal ini mencegah terbentuknya osteoklas-osteoklas baru (Martinelli & Fontana, 1990). Ketidakseimbangan dapat menyebabkan tulang-tulang melemah.
Fungsi kelenjar tiroid adalah sebagai berikut:
– Meningkatkan volume darah
– Meningkatkan curah jantung
– Meningkatkan kebutuhan terhadap vitamin
– Mengatur laju metabolisme
– Mengatur tumbuh-kembang
– Memetabolisasi iodium
– Merangsang sintesis protein
– Meningkatkan konsumsi oksigen
Keseluruhan kelenjar tiroid dan ismus dapat dipulihkan tanpa mempengaruhi kehidupan kita. Laju metabolisme seseorang yang tiroidnya sudah dipulihkan dapat diatur dengan terapi obat tambahan.

 

Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila hubungi kami!!

SMS MARISSA (space) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697

Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>