Teknik Diet

Terdapat dua jenis karbohidrat yang tidak menyihatkan di dalam hidangan kita seharian.

Yang pertama, ialah makanan manis dan bergula manakala yang kedua ialah bijirin yang tidak bercambah, seperti roti, nasi dan pasta. Karbohidrat yang terdapat dalam sayur sayuran dan buahan adalah jauh lebih baik kerana ia semulajadi tanpa melalui proses pengubahan sebagaimana roti dan gula. Karbohidrat jenis roti dan gula ini meningkatkan paras gula dengan mendadak sehingga merosakkan kesihatan manakala jenis sayur sayuran pula mengurai dengan perlahan memberikan tenaga tanpa merosakkan tubuh.

Gula merupakan keperluan sel dalam tubuh kita. Tanpa gula, kita menjadi lemah tidak bermaya. Yang merosakkan tubuh ialah kenaikan paras gula yang melampau secara tiba tiba. Apabila kita minum segelas minuman manis, paras gula meningkat dengan tiba tiba.

Kenaikan secara tiba tiba sebegini membuatkan paras hormone, enzim dan transmitter tubuh berada dalam keadaan yang tidak menentu. Lama kelamaan, akibat dari aktiviti tidak menentu, ia mudah rosak. Keadaan ini boleh di samakan dengan suis lampu atau peralatan letrik yang di petik beribu kali tanpa henti. Sudah tentu ia mudah rosak kerana penggunaan nya yang tidak berkala.

Apabila kita mengambil minuman yang sangat manis, atau makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti atau pasta, jumlah gula akan meningkat dengan drastik dan cepat di dalam darah kita. Kita akan merasa bertenaga selama dua puluh minit.

Kalenjar insulin mengesan kehadiran gula dan mula bekerja keras menurunkan kadar gula ini. Insulin yang banyak ini akan berkitar di dalam tubuh kita lebih sejam. Pada masa ini paras gula sudah terlalu rendah manakala paras insulin pula sangat tinggi. Keadaan ketidakseimbangan ini membuatkan seseorang menjadi lemah dan lesu.

Ini adalah faktor mengapa tubuh kita menjadi letih dan mengantuk setelah beberapa jam makanan makanan manis atau tinggi karbohodrat yang telah diproses.

Apabila proses ini berulang ulang setiap hari, tubuh kita bagaikan kehilangan signalnya yang semulajadi. Paras paras hormone metabolic turut terjejas dan akhirnya, kita akan menjadi pengidap obesity yang tidak mudah di pulihkan dengan diet yang biasa.

Seseorang yang mahu kurus harus mangambil berat fakta sebegini. Matabolik tubuh harus di tingkatkan dan pemilihan makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah adalah faktor terpenting bagi membantu meningkatkan hormone metabolic.

Glycemic index merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sebenarnya merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan di pecahkan menjadi gula dalam darah kita. Lebih tinggi glycemic index bermakna lebih cepat makanan di tukar menjadi gula dan member kesan yang buruk kepada tubuh kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>