Testimoni

Original artikel by :Dr rushmini Maris bt Ismail
Kes 1
Hamidi ialah seorang perokok tegar, dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang tiga puluh batang. Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok. sejak itu berat badan nya meningkat sebanyak 15 kilogram. Hamidi berasa hairan. dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badan nya namun tidak Berjaya. Lalu Hamidi dating berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya. Dia takut lama kelamaan dia akan di hinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti. Menurut hamidi seorang sahabat nya sudah terkena kanser .Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabat nya itu dan berasa takut jika terkena nasib yang sama. Hamidi ingin tahu adakah masalah berat badan yang dihadapinya di sebabkan oleh dia berhenti merokok? Adakah benar merokok boleh membuatkan seseorang itu kurus?

Kes 2
Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang jirannya menyuruh Normah mencuba memakan sejenis jamu tradisional yang diimport dari Thailand. Menurut sahabat nya Jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit. Setelah hampir sebulan mengamalkan nya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan daripada pembekal. Aneh nya setelah beberapa bulan menghentikan jamu badan Normah pula menjadi semakin berisi. Pada mula nya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badan nya .Ini ialah kerana ramai kawan-kawan nya Berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut. Normah hairan mengapa kesan jamu itu tidak sama di antara individu yang berlainan.
Namun setelah saya menerangkan kepada nya bahawa terdapat banyak agen-agen yang merosakkan hormon kita baru lah Normah faham akan kaitan nya. Saya memberitahu nya kadar kerosakan hormon tidak sama di kalangan individu yg berbeza. Kilang hormon di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja. Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancaran nya.

perbincangan

Masalah Normah dan Hamidi berpunca daripada kerosakan sistem hormon metabolik yang berpunca dari agen perosak hormon. Ia boleh dipulihkan dengan kaedah yang betul.
Bagaimana hormon mempengaruhi tubuh badan dan personaliti?
Di dalam system tubuh terdapat kalenjar hormone yang pelbagai bagi mengaturcara kehidupan kita. Hormon yang paling tinggi yang paling mengawal tubuh kitia di namakan hormone dominan.kita boleh membahagikan manusia kepada 5 kumpulan bergantung kepada jenis hormone dominan masing masing .pengkelasan begini membolehkan kita kenal diri kita dengan lebih baik dan memahami mengapa kita cenderung kepada sesuatu makanan kegemaran atau tabiat tertentu.Ia juga membantu kita lebih memahami dan bertolak ansur dengan orang lain.

1315314fast-food780x390

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>