Bentuk Tubuh: Epal
- Bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat.
- Bentuk badan ini juga disebut bentuk V atau segitiga terbalik.
- Payudara cenderung lebih besar daripada bahagian pinggul.
Pilihan Makanan
Makanan Yang Perlu Diambil
- Sayur-sayuran cruciferous – seperti brokoli kerana ia mengandungi kandungan fitonutrien yang tinggi dipanggil isothiocyanates, terutamanya dua isothiocyanates dipanggil sulforaphane dan indol-3-karbinol yang membantu untuk menurunkan estrogen.
- Tuna/ Salmon – Sumber asid lemak Omega-3 yang sangat baik bagi menurunkan berat badan. Protein yang tinggi pada Salmon juga membantu anda rasa kenyang lebih lama.
- Kekacang/Olive oil/ Bijirin – Membantu mengekalkan tahap kolestrol yang sihat iaitu lipoprotein.
- Pucuk brokoli – anak pokok belum matang pada bahagian brokoli, mengandungi lebih banyak sulforaphane berbanding sayur-sayuran lain. Nutrien ini merupakan sejenis nutrien anti-kanser dan dapat mengurangkan estrogen berbahaya. Kajian telah mendapati bahawa ia mengandungi 10 hingga 100 kali lebih kompaun berbanding brokoli.
- Taugeh – mengandungi kandungan glukarik asid yang tinggi (350mg/100g) yang menjejaskan penyerapan semula estrogen dari saluran gastrousus. Hasilnya, lebih banyak estrogen akan dapat dihapuskan. Ia juga kaya dengan serat (8g setiap hidangan 100g) dan sumber protein yang baik.
Makanan Yang Perlu Dikurangkan
- Pasta – Kadar karbohidrat glisemik yang tinggi akan menyumbang kepada pengekalan air dan lemak badan rendah.
- Makanan bergandum – ini adalah kerana makanan ini mengandungi bahan toksik yang di namakan glydin dan gluten ,bahagian seterus nya akan memberi penjelasan jelas tentang hal ini.
- Daging atau protin berlebihan – Ini adalah kerana protin yang tinggi akan bertukar kepada glukos di dalam darah anda dengan cepat. Oleh itu menu sajian Marissa slimway akan memberi anda teknik makan yang sesuai.
- Gula tinggi – Bersederhana dalam memilih makanan manis kerana tubuh anda cenderung menjadi penagih karbohidrat.
- Buah buahan manis -Fruktosa dalam buah-buahan manis juga merupakan penyumbang kepada masalah obesiti yang anda hidapi.